Rasanya semua kita tahu
bahawa emas memang bernilai dan sesuai dijadikan aset simpanan.Tetapi, emas
jenis apa yang sesuai?Adakah barang kemas sesuai dijadikan pelaburan?
Tujuan utama barang kemas ialah untuk perrhiasan, matlamat utamanya adalah untuk cantik,bukan untuk pelaburan (jika ya pun, mengambil tempoh yang lama). Pelaburan menggunakan emas yang terbaik adalah dengan menggunakan emas dinar dan jongkong emas..Jangan tersilap langkah dalam memilih jenis emas untuk tujuan pelaburan
Tujuan utama barang kemas ialah untuk perrhiasan, matlamat utamanya adalah untuk cantik,bukan untuk pelaburan (jika ya pun, mengambil tempoh yang lama). Pelaburan menggunakan emas yang terbaik adalah dengan menggunakan emas dinar dan jongkong emas..Jangan tersilap langkah dalam memilih jenis emas untuk tujuan pelaburan
1. Harga yang Tinggi
Cuba bandingkan harga emas
semasa dengan harga emas yang ditawarkan oleh kedai emas.Anda akan dapati harga
barang kemas (malah Gold Bar pun sama) adalah paling tinggi ditawarkan.
Bandingkan dengan harga yang ditawarkan
oleh kedai emas perhiasan dan juga emas Public Gold.Selalunya % perbezaannya
lebih daripada 15% dan amat tidak berbaloi dan amat tinggi sekiranya untuk
dibuat sebagai pelaburan.Tambahan,harga emas perhiasan di kedai-kedai emas
ditentukan oleh Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia
(FGJAM)
2. Kos Upah Pertukangan
Setiap barang kemas mempunyai
kos tambahan,iaitu “kos upah”dan ia bergantung kepada design emas dan kedai
emas tersebut. Ia selalu dimanipulasikan oleh kedai emas.Contohnya,jika harga
emas jatuh, mereka akan menaikkan kos upah ini,dengan itu, walaupun harga emas
jatuh,kita tetap membelinya dengan harga yang sama.
3. Susut Nilai Tinggi emas, berapakah nilainya sekiranya kita ingin menjual emas
perhiasan tersebut (tanya semasa ketika hendak membeli barang kemas,).Berapakah
nilai susutnya.Jangan terkejut sekiranya % susut nilainya dalam 25% - 45%.
Berbanding membeli emas Dinar/Gold Bar di Public Gold , selalunya kadar susut
adalah sekitar 9% saja.Cuba survey dan tanya di kedai
Kesimpulan
Oleh kerana 4 faktor utama di
atas, adalah amat merugikan
jika membeli barang kemas sebagai satu alat pelaburan jangka
pendek/sederhana.Sebagai contoh, untuk mendapat pulangan pelaburan (ROI), ianya
memerlukan tempoh yang panjang untuk mendapat keuntungan.
Walau bagaimanpun,pada sesiapa
yang mempunyai target ingin menyimpan emas perhiasan dan pada masa yang sama,
ingin memaksimumkan keuntungan .Ada beberapa cara yang boleh saya ringkaskan
seperti:
· Pilih emas padu atau tahan lasak.Elakkan membeli yang nipis.Kelebihannya
walaupun digunakan setiap hari, ia meminimumkan kerosakannya..Lagi satu, emas padu ini mudah memberikan bacaan
ketulenan yang tepat apabila ditimbang.
· Jangan beli emas perhiasan yang mempunyai batu permata/buah.Ini kerana semasa ingin menjualnya /menggadainya, kedai emas /
kedai pajak gadai tidak akan mengambil kira berat batu permata tersebut.Ia
hanya dianggap sebagai "sampah"..
· Survey harga yang murah.Banyak
syarikat sekarang yang berniaga emas secara online (pastikan ketulenannya)
· Pilih barang kemas yang
mempunyai ketulenan gred 916 (22K) dan 999 (24K).Elakkan membeli selain dari
ketulenan ini.
· Pastikan kedai emas itu ada
menyediakan "guaranteed buy
back" .
· Beli Gold Bar di Public Gold,
bawa ke kedai emas untuk ditempah
Kesimpulannya, Emas adalah aset
dan pasti akan bernilai sepanjang masa.Walaupun di dalam bentuk barang kemas,
ia mampu memberi keuntungan seandainya kita memilih cara yang betul.Begitu
sebaliknya, jika memilih cara yang salah, kemungkinan bukan sahaja lambat
untung, malah mungkin akan mengalami kerugian.
