Khamis, 20 Julai 2017

Nukilan Hati




Image result for public gold bar picturesEmas...!!! Mendengar perkataan itu saja sudah menggembirakan. Apatah lagi kalau sudah memiliki. Terbayang-bayang ketulan jongkong kuning bersinar dan seakan melambai-lambai meminta untuk di beli...Sudah pastinya golongan Hawa adalah yang paling berminat untuk memiliki. Namun, sangkaan itu meleset. Bukan kaum Hawa saja yang bernafsu kepada EMAS tetapi lelaki pun tidak terkecuali termasuk saya.Saya mengenali emas dengan lebih dekat setelah belajar dari sifu saya, Encik Mohd Zulkifli Shafie, seorang pakar motivasi dan yang sangat arif tentang wang emas. Beliaulah yang membuka minda saya mengenai kepentingan emas untuk masa depan. Awalnya, saya melihat emas sebagai perhiasan wanita sahaja.Tapi bila saya membaca buku "Wang Emas" tulisan sifu saya, baru saya sedar bahawa emas bukan setakat untuk perhiasan tetapi berfungsi untuk mengekalkan nilai mata wang dari di mamah inflasi. Mengekalkan kekayaan bagi orang kebanyakkan seperti saya. Dan, menjanjikan pulangan yang lumayan untuk jangka panjang. Dengan sedikit simpanan yang ada tidak mungkin saya dapat membiayai pendidikan anak-anak hingga ke menara gading. Untuk membuat pinjaman peribadi, itu adalah satu mimpi kerana saya memang sudah tidak bekerja. Mana mungkin ada bank yang akan memberikan pinjaman kepada seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mustahil !  Justeru, tanpa menoleh ke belakang, saya terus menukarkan wang kertas kepada emas untuk mengelak 'kekayaan' kecil saya dari susut nilai dan inflasi.

Bagi kebanyakan orang [termasuk saya], emas sangat berharga dan mahal. DULU, kalau isteri saya menyatakan keinginan untuk membeli emas, pasti saya akan menasihatinya agar tidak boros dan jangan berbelanja berlebih-lebihan. Simpan duit tu di dalam ASB atau Tabung Haji. Isteri diam sahaja. Mengiyakan tidak, memberontak pun tidak. Mungkin berkecil hati tapi hanya pendam dihati.Yang pasti, setiap bulan simpanan akan masuk ke ASB dan Tabung Haji. KINI,  saya lebih berfikiran terbuka bila isteri berhasrat membeli emas setelah  mengetahui kelebihan menyimpan emas untuk jangka panjang. Matlamat saya sekarang ni ialah beli dan simpan dan terus membeli selagi mampu.


Tiada ulasan: