1. EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan
pudar.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.Ia tidak boleh
dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan
bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.
2. HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu takkan rugi. Emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas, simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3.
NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman
Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 dinar (4.25g
emas ketulenan 999) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1
Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 6 August 2017 adalah lebih kurang RM 801).
4. ASET YANG TERUNGGUL
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang Kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu
sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang
ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu
tak ada duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia.
Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.
5.TIDAK
BOLEH DIMANIPULASI
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Akhir
kata peganglah sabda Nabi SAW :
“Akan
tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat
manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” –
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan